Wednesday, 2 May 2012

Tun Hussien Onn


UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

MENYEDARI akan kemajuan yang terus dicapai dalam usaha melaksanakan Rancanagan Malaysia Ketiga:
BERSETUJU dengan usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan dasar ekonomi baru untuk mencapai
perpaduan serta keamanan dan keselamatan Negara:
MELULUSKAN dan menyetujui kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketiga yang dijangka
meliputi pogram-program dan langkah-langkah dasar dengan tujuan untuk mempergiatkan lagi
pertumbuhan ekonomi serta usaha-usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
dari segenap seperti yang dibentangkan dalam kertas perintah bilangan 13 tahun 1979. Bahawa dalam
meluluskan kejian seperuh penggal ini, dewan ini menyeru rakyat Malaysia dari segenap lapisan untuk
berusaha dengan lebih gigh lagi, sesuai dengan hasrat rukunegara dan bersatupadu untuk mewujudkan
Negara yang adil,progresif dan kukuh”.

“Tugas-tugas pembangunan sosio-ekonomi yang kiita laksanakan adalah penuh dengan cabaran,lebihlebih
lagi memandangkan keadaan keselamatan Negara yang kita hadapi sekarang. Sambil memandang
masa depan yang dengan penuh keyakinan, kita mestilah melakukan dengan teat ketika kita bergerak
menuju kearah matlamat –matlamat akhir yang kita harapkan. Kita tidak boleh mengambil jalanb
ringkas, sekiranya kita hendak membangun atas asas-asas yang terjamin. Kita tidaklah boleh berpuas
hati degan apa yang kita capai selama ini. Kita tidak boleh lalai dan berasa berpuas dari apa yang telah
diperolehi.
Sambil kita membangun, kita mestilah pada yang sama berhati-hati terhadap anasir-anasir yang
boleh melemahkan dan yang wujud di kalangan kita. Kita mestilah bersedia dan berkorban dan
mengekalkan usaha-usaha unrtuk mengatasi anasir-anasir ini. Perpaduan Negara dan cara hidup kita
dalah perkara yang terlalu penting untuk diabaikan.
Adalah perlu bagi kita untuk sentiasa mengingati bahawa pencapaian dan kemakmuran dan
keharmonian masyarakat berbilang kaum bukanlah terletak semata-mata kepada usaha-usaha kerajaan
sahaja ia hanya akan dicapai dengan adanya tanggungjawab penuh terhadap tiga matlamat, membasmi
kemiskinan , menyusun semula mayarakat dan menjamin keselamatan Negara. Kerajaan sendiri akan
memberikan pimpinan bagi merangka dasar awam dan kemudahan – kemudahan infrastruktur rakyatlah
yang patut mencapainya. Sudah pasti bahawa apa yang kita hajatkan ialah sebuah masyarakat yang
maju yang berorientasikan kemajun dan kejayaan , iaitu sebuah masyarakat yang teguh , yang didorong
dan bertanggungjawab kepada matlmat-matlamat Negara, sebuah masyarakat yang berdikari dengan
penduduknya, saling bergantung di antara satu sama lain dan berganding-bahu dengan kerajaan untuk
kebaikan bersama.





This is a speech of Tun Hussein Onn that search from internet.This has been used in our video.

No comments:

Post a Comment